IkLaNeKaz

ApA JaDi Ngan AkU Nie?

eyes_slide_showKelopak mata kiri aku nie asik bergerak jek…Masa tulis nie pon mata kiri atas aku bergerak2…sebenaunya aku rimas ngan keadaan nie…dah 2 minggu aku menghidapi masalah nie, dulu dah hilang dah, tapi sekarang nie jadi balik kelopak mata bergegar…aku pon tak tau apa punca sebenar aku jadi macam nie.dulu aku dah jumpa doktor bagitau masalah aku nie, yang dia kata otot mata aku tu je yang gerak2, jgn risau…takde apa apa….aku plak risaukan sesuatu jek..takut tanda awal masalah kesihatan yang aku tak tau jek…
aku ada gak cari info pasal pergerakan kelopak mata…nie yang aku dapat..

PERGERAKAN TUBUH DAN ALAMATNYA:

KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK-beroleh kewangan

KELOPAK MATA ATAS KIRI -melihat perempuan

KELOPAK MATA BAWAH KIRI BERGERAK-anda akan berjalan jauh

KELOPAK MATA BAWAH KANAN -hendak menangis

EKOR MATA KANAN BERGERAK-menerima kedatangan org jauh

EKOR MATA KIRI -mendapat sedikit kepayahan

BIJI MATA KANAN BERGERAK-akan menangis dalan bercinta

BIJI MATA KIRI -gembira dihati

KENING KIRI BERGERAK-beroleh kelapangan

BIBIR ATAS BERGERAK-anda akan bergaduh/berbalas balas jawap dgn seseorg

BIBIR BAWAH -ada org sedang mengata/mengumpat pasal anda

SIKU KANAN BERGERAK GERAK-beroleh kebahagiaan

SIKU KIRI -org yg mengasihi kita akan datang

BAHU KANAN BERGERAK GERAK-harta akan datang kpd kita

BAHU KIRI -bakal berjumpa pembesar/ketua

PIPI KANAN BERGERAK-alamat sakit mata

PIPI KIRI-sentiasa bahagia

masalah aku sekarang nie aku tak tengok perempuan pon…ntah lah…aku pon tak tau apa puncanye aku camnie..seksa aku..nak bawak kete susah, nak bersukan susah,, nak tgk tv susah…tapi nasib baik bukan sepanjang masa kelopak mataaku nie bergegar…ntah lah…harap2 lah cepat hilang gegaran kelopak mata kiri aku nie…

SuaSaNa MaCaM Kat GenTinG Jek

Fuh.. Pagi tadi dalam kul 7 pagi, kabus tebal telah melanda taman aku..kuar rumah jek aku dah rasakan macam baru keluar hotel first world genting highland plak…jarak penglihatan dalam 100 meter jek..lebih dari tu tak nampak apa apa..Kat tempat korang biasa ke kabus pagi2 nie..kat sini susah sgt nak berkabus disebabkan dunia semakin panas kot..huhu

SeLsEmA BaBi Dah SeRanG MaLaYsIa !!!

ADuSh…. Risau Plak aku dgr berita penularan wabak H1N1 ataupon Selsema BaBi nie…Selepas Lembah Kelang..Sekarang nie Kat seremban pulak menjadi tempat penularan wabak nie…pada mulanya hanya kes import je yang dilaporkan..tapi sekarang nie byk plak kes yang melibatkan penyebaran di dalam malaysia…aku pon tak tau sekarang ni dah berapa ramai orang yang dah dijangkiti wabak nie..sapa yang tak risau angkat tangan…hah..nampaknye semua orang risau tentang wabak nie…yang aku dengar kes Selsema Babi nie miningkat mendadak di Singapura ngan Thailand..
Dulu Masa kita di landa selsema burung, Korang perasan tak banyak burung yang dihapus kan bagi mengelakkan jangkitan ini menular di malaysia..tapi bila zaman selsema babi nie pulak, takde plak aku dgr cerita babi nie dihapuskan untuk elakkan wabak nie merebak.. KENAPA EK????

Berikut adalah langkah langkah yang perlu kita ambil untuk mengelakkan dijangkita wabak ni… Continue reading SeLsEmA BaBi Dah SeRanG MaLaYsIa !!!

MinGGu HaLuaN SiSwa

ist2_2817887-graduatesMinggu Haluan Siswa adalah wajib bagi graduan baru yang akan menjejakkan kaki ke menara gading…mesti ramai yang dah ada pengalaman tu kan…Seronok Ke BOSAN masa Minggu Haluan Siswa tu?

Bagi yang tak berpeluang masuk universiti macam aku nie tak tau lah seronok ke tak masa Minggu Haluan Siswa tu…Tapi bila aku dah bekerja kat Universiti nie dapat lah gak aku tgk pengalaman pelajar2 baru semasa MHS kat UTeM nie…

Sebenaunye aku terlibat ngan MHS UTeM sejak tahun 2003 lagik..byk gak pengalaman yang aku dapat tgk…seronok ada, kesian ada,Tahun ni aku ditugaskan untuk melaksanakan Program Riadah & Sukan semasa MHS ie..program Riadah pagi mula 6.30 pagi, jadi aku mesti kat sana  sebelum 6.30 a.m…nasib baik seminggu jek MHS nie,, Kalau Setahun…mati aku…

Program yang aku akan buat ialah…REGANGAN PAGI, GAME YANG SIMPLE2, SENAMROBIK DAN SUKANEKA PADA HARI AKHIR MHS TAHUN NIE…

ok lah aku nak ucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM GRADUAN KAT KORANG YANG AKAN BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI ATAU KOLEJ…

First time boboiz kene TAG…huhu

Hari ni dalam sejarah boboiz kene tag selama boboiz melibatkan diri dalam blogging nie..huhu..tq boboiz nak ucapkan pada IZNIE. kalau iznie tak tag boboiz takde lah entry nie dalam blog boboiz..

ok lah boboiz nak jawab tag iznie nie..

1. Nama timangan anda?

nama betul Ahmad Affenday tapi nama timbangan adalah seperti berikut:lol:

1. boboi  2. boy  3. Fendi  4. abang ( tu isteri yang panggil )

2. Anda seorang yang…
Sudah berkahwin, Happy Go Lucky, Sayangkan Family, Minat bersukan, Senang berkawan, ntah lah apa lagi aku pon tak tau…ops lupa plak yang utama ialah sexy huhu

3. Insan Teristimewa..Describekan dia yang terlalu istimewa di mata anda..

Ramai tu…..

yang utama family… anak2..kawan2..

4. Lagu kesukaan anda…
boboiz nie minat karaoke walaupon suara tak sedap..lagu yang minat nak bawak masa karaoke ialah.. andai dapat ku undur masa, aku hanya serangga, sejiwa, kamelia, tapi skrg tgh best dengar potret monalisa dari wings….

5. Makanan kesukaan anda…
boboiz ni suka makan nasi campur, walaupon malam kalau boleh mestinakkan nasi campur gak..tu yang suka makan kat rumah atau gi nasi kandar …KARI, ASAM PEDAS ialah kuah kesukaan boboiz..


6. Tiga benda mesti ada dalam beg
boboiz nie plak jnis pakai beg sandang..tak kira lah gi keje ke, bersukan ke, jalan jalan je…bende yang mesti ada dalam beg tu ialah 1. beg duit  2. hand phone 3. kunci rumah….huhu jawapan standart..


7. Kali terakhir anda menangis dan kenapa?

ntah lah, tak ingat pak..tapi dulu bila kalah masa pertandingan selalu gak boboiz nangis, tapi sekarang kalahpon suka..huhu…

8. Tag 5 rakan anda
- Lynord
- Pepejal
- ZaKI
- Aboi
- DJ Epoi

LANGKAWI….AkU DaTaNG!!!!!

langkawi_islandWah macam KL Menjerit plak aku nie….untuk makluman korang esok aku akan bercuti ngan wife dan anak2 di langkawi…ye lah asyik aku je jalan sorang2..pegi perlis lah, terengganu lah..anak ngan wife tinggal..percutian ni pon wife aku yang rancang..sambil balik kampung dia, sambil bercuti…aku dah lama tak gi langkawi nie, last tahun 2003..tu pon ada kursus kat pulau pulau kecik sekitar langkawi..tak dapat nak berjalan kat pulau langkawi yang sebenar….byk tempat aku nak pegi kat sana nie, dah survey internet tempat2 yang menarik kat sana..kalau berkesempatan sampailah aku kat tempat2 yang harus dipegi bila ada kat sana nanti…

Ok doakan aku selamat pegi dah selamat sampai MELAKA balik yek

MaSaK KaRi AyAM

kari-ayam-bukan-boboiz-masakAri nie…Boboiz dengan bangganya telah berjaya memasak kari ayam untuk makan tgh hari dan malam kitaorg.. ( bukan untuk ayam yek )….

heheh,gini ceritanya..wife boboiz nak kene gi sambung belajar selama setengah tahun mulai bulan depan, jadi dalam masa sebulan nie lah dia kene memenuhkan ilmu didada boboiz untuk menguruskan rumah tangga semasa dia gi belajar kat perak nanti..ari nie task pertama boboiz ialah masak kuah kari ayam..anak sulung boboiz memang minat sgt ngan kari ayam mak dia, jadi untuk  itu boboiz ari nie belajarlah cara2 nak masak kari…ari ni boboiz tambah nasi 3 pinggan sebab KESEDAPAN kari yang boboiz masak tu..huhu..boboiz je yang rasa sedap kot..wife boboiz tak tambah pon..

lepas nie apa plak yang akan diajar oleh wife boboiz belum tau lagi…sama2 kita tunggu dan lihat… terasa pulak macam chef

Kenangan Di Terengganu

Aku baru balik dari terengganu pagi tadi…tq yek masih ada gak yang lawat blog boboiz nie..ye lah boboiz nie asik sibuk memanjang jek..nak lawat blog korang pon blum sempat lagi. nanti ada masa boboiz singgah blog korang yang telah bagi sokongan kat blog boboiz nie yek..kat sini boboiz nak  ceritakan kenangan di terengganu…kali nie Team boboiz takde tempat dalam game sepaktakraw..bukan team boboiz tak kuat..huhu tapi team diaorang terlalu kuat..masa lawan UPM, boboiz lawan tekong ngan killer yang baru lepas nain game sepaktakraw piala dunia yang lepas …yang kalah ngan indonesia ari tu..cam mana lah boboiz nak lawan diaorg…rata2 skrang nie ramai player negeri & bekas pemain negara bermain pada kejohanan nie… Continue reading Kenangan Di Terengganu

AkU KaT TeReNgGanu KiTa!!!

terengganuApabila terbitnya entry ini bermakna aku berada di negeri penyu bertelor…bukannye aku pegi tgk penyu yek..aku gi bersukan kat sana…

nampaknye tinggal lagi lah isteri ngan anak2 aku kat rumah….nasib baik lah isteri aku nie memahami pekerjaan & minat aku…kalau tak, mau berperang dibuatnya … suami asyik takde kat rumah jek…mana lah tau gi kawin ke….betul yang abang tak gi kawin..abang gi sukan…huhu…

insyallah balik terengganu nie kalau ada rezeki, kita gi bercuti anak beranak yek….

kepada pembaca blog nie..doakan kejayaan aku kat sana, walaupon peluang nak memang agak tipis…tapi akan ku lawan hingga ke titisan darah ku yang terakhir…wah..macam real je aku nie…

ok ye..jgn lupa tinggalkan jejak..nanti balik ganu aku lawat korang plak yek…assalamualaikum…

RuNtUh LaGi

Tengah hari tadi masa aku tgk buletin 1.30..kejadian  runtuh berlaku lagi selepas kita digemparkan dengan banggunan yang runtuh beberapa hari lalu…tapi hari nie yang runtuh ialah Stadium Gong Badak Kuala Terengganu yang bakal menjadi Venue Kejohanan Sepaktakraw yang akan aku sertai minggu nie…nasib baik bukan masa kejohanan bumbung tu runtuh….berita lanjut bolehlah disaksikan di buletin utama malam ini…

berikut adalah sedikit gambar untuk tatapan semua…